Site icon TechNave BM

Redmi umum logo baharu, jadikan siri K sebagai peranti mercu syarikat

Redmi, sub-jenama terkenal Xiaomi, memperkenalkan identiti baharu dengan menjenamakan semula namanya sebagai “REDMI” dalam huruf besar. Menurut Lu Weibing, Presiden bahagian telefon Xiaomi, langkah ini bukan sekadar perubahan kosmetik tetapi mencerminkan strategi untuk mengukuhkan kedudukan Redmi dalam pasaran.

REDMI kini bersedia untuk bersaing lebih agresif dengan siri baharu “Turbo” yang menggantikan peranan siri “K”. Model perdana K80 Pro dijangka menjadi pembaharuan terbesar dalam sejarah siri K yang mana ia bersaing terus dengan peranti utama dalam segmen prestasi tinggi. Manakala siri K baharu akan diletakkan sebagai peranti mercu syarikat terutamanya siri Pro.

Walaupun julat harga REDMI akan meningkat, jenama ini mengekalkan fokusnya untuk menawarkan nilai terbaik dalam setiap kategori. Siri Turbo baharu akan menguasai segmen harga sekitar 2,000 hingga 3,000 yuan (RM1,300 hingga RM2,000) memastikan REDMI terus relevan dan tidak dapat ditandingi.

Penjenamaan baharu ini mencerminkan usaha REDMI untuk memperluas pengaruhnya sambil mengekalkan komitmen terhadap kepuasan pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version