Site icon TechNave BM

Redmi Watch 4 rasmi di Malaysia, AMOLED 1.97″ dan penderia PPG 4 saluran berharga RM459

Selain siri Redmi Note 13, Xiaomi turut melancarkan Redmi Watch 4 untuk pasaran Malaysia. Redmi Watch 4 menggunakan skrin segi empat sama AMOLED 1.97 inci, menyokong kecerahan maksimum 600nit dan paparan kuasa rendah LTPS.

Tambahan, ia menggabungkan bingkai tengah aloi aluminium dan merupakan jam tangan pintar Redmi pertama dengan mahkota berputar keluli tahan karat. Redmi Watch 4 menawarkan pilihan varian logam, kulit, fabrik dan gelang serta 200+ muka jam tersedia untuk dipilih.

Redmi Watch 4 dilengkapi dengan bateri 470mAh yang boleh bertahan sehingga 20 hari dalam mod biasa. Daripada segi fungsi, Redmi Watch 4 menyokong 150+ mod sukan, larian luar GNSS bebas dan kalis air sedalam 5ATM.

Selain itu, Redmi Watch 4 juga menyokong sensor PPG 4 saluran baharu yang menyokong pemantauan kadar denyutan jantung sepanjang hari, pemantauan oksigen darah, pemantauan tekanan tidur, latihan pernafasan, kesihatan wanita dan pelbagai lagi. Redmi Watch 4 hadir dengan tanda harga RM459.

Menariknya, pembelian dari 16 Januari hingga 2 Februari akan menawarkan harga RM379 sahaja. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Watch 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version