Site icon TechNave BM

RedmiBook dengan skrin 16.1 inci 100% sRGB akan dilancarkan bersama Redmi 10X pada 26 Mei ini

Jika dahulu industri komputer riba hanya dimonopoli oleh jenama komputer riba yang tidak asing lagi, kini jenama yang bermula dengan telefon pintar juga maju ke dalam industri komputer tiba. Redmi turut mengorak langkah dalam terus menghasilkan komputer ribanya. Terkini, Redmi mengesahkan beberapa spesifikasi mengenai RedmiBook dari aspek paparan.

RedmiBook bakal dihuni paparan 16.1 inci dengan bezel senipis 3.26mm sahaja yang menyumbang kepada nisbah skrin-ke-badan 90%. Skrinnya bakal hadir dengan 100% sRGB gamut warna. Menurut kami, RedmiBook kali ini agak menarik kerana kita sebenarnya dapat melihat apakah prestasi komputer riba yang dihasilkan oleh sub-jenama Xiaomi yang terkenal dengan telefon pintar berharga mesra poket.

Selain spesifikasi paparan yang disahkan Redmi, terdapat juga spesifikasi khabar angin mengenai ciri asasnya. RedmiBook bakal dioperasikan pemproses R5 4500U dan R7 4700U. Turut hadir adalah RAM 16GB dan standard SSD.

Apa pun, ikuti berita pelancarannya bersama pelancaran Redmi 10X pada 26 Mei ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat dengan komputer riba RedmiBook? Beritahu kami di laman Facebook!

Sumber: Gizchina

Exit mobile version