Site icon TechNave BM

RedmiBook Pro bakal dilancar di China pada 25 Februari ini

RedmiBook adalah barisan komputer riba dari jenama Redmi dan pada 25 Februari ini, mereka dijangka akan melancarkan komputer riba RedmiBook Pro. Jika anda masih ingat, tarikh ini adalah sama dengan tarikh pelancaran telefon siri Redmi K40.

Berdasarkan sumber sebelum ini, RedmiBook Pro akan dikuasai oleh pemproses siri Intel Tiger Lake H35. Pemproses ini adalah generasi ke-11 Intel yang dilengkapi cipset 10nm dengan grafik Intel Xe.

Selain itu, Redmi dikhabarkan mungkin akan melancarkan varian pemproses AMD Ryzen untuk peranti ini dan ia dijangka hadir dengan nama RedmiBook Pro 15S.

Poster pelancaran

Poster peranti ini menunjukkan bahawa ia hadir dengan binaan besi dengan kemasan baru yang lebih premium. Ia juga menggunakan port USB-C untuk pengecasan di bahagian kanan komputer ini bersama port HDMI.

Tambahan lagi, peranti ini juga hadir dengan papan kekunci saiz penuh bercahaya serta kamera web di hadapannya.

Ciri RedmiBook Pro

Buat masa ini, RedmiBook Pro akan dilancarkan di pasaran China sahaja.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version