Site icon TechNave BM

Reka bentuk Apple AirPods Pro 2 tertiris, hadir dengan bentuk bulat tanpa batang

Pada tahun lalu, Apple telah melancarkan fon telinga TWS mereka iaitu AirPods Pro dan ianya telah mendapat sambutan yang baik. AirPods Pro adalah fon telinga TWS pertama Apple yang hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC). Kini, Apple dikhabarkan akan melancarkan generasi kedua peranti ini.

Berbeza dengan model generasi pertama, AirPods Pro baharu ini akan mempunyai reka bentuk yang lebih bulat tanpa batang. Namun, ia masih mengekalkan reka bentuk ke dalam dengan ciri ANC.

Untuk bekas pengecas pula, reka bentuknya kekal sama dengan saiz yang sedikit lebih kecil dan berat yang lebih ringan.

AirPods Pro 2 ini dikhabarkan akan dilengkapi cip Apple H1 sama seperti cip yang ada pada semua siri AirPods termasuklah generasi pertama AirPods Pro. Untuk ciri yang lain, ia dijangka akan kekalkan ciri yang sudah ada pada AirPods Pro seperti ciri kalis air dan kawalan sentuhan.

Berdasarkan sumber lain, AirPods Pro 2 mungkin akan hadir dengan dua saiz berbeza, saiz normal dan saiz lebih besar. Ianya mungkin akan dilancarkan pada separa tahun 2021 (H1 2021).

Adakah anda menantikan peranti ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version