Kemunculan Nothing Phone (2) pada 11 Julai ini amat dinanti-natikan. Kini, oimej promosi telah dikeluarkan menunjukkan reka bentuk hadapan dan belakang Phone (2) membawa sedikit perubahan.
Bahagian hadapan membawa potongan lubang tebuk dan bezel seragam di bahagian atas dan sisi paparan. Berdasarkan khabar angin, Phone (2) akan dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz.
Bahagian belakang Phone (2) masih mengekalkan reka bentuk asas pendahulunya dengan bit plastik jelas terdedah dan antara muka Glyph LED untuk pemberitahuan. Bahagian aluminium Nothing Phone (2) dijangka sedikit melengkung dan bukannya rata seperti yang ditunjukkan dalam teaser baharu
Dalam masa satu minggu sebelum pelancaran, lebih banyak butiran akan didedahkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

