Site icon TechNave BM

Reka bentuk HUAWEI nova 8 SE seakan-akan iPhone 12!

HUAWEI bakal melancarkan siri telefon terbarunya iaitu siri nova 8 pada 5 November ini. Dalam siri ini, HUAWEI dijangkakan akan melancarkan HUAWEI nova 8, nova 8 SE dan nova 8 Pro.

Terkini, sumber menunjukkan beberapa gambar peranti HUAWEI nova 8 SE. Sedikit mengejutkan, reka bentuknya dilihat hampir sama seperti iPhone 12! Ini disebabkan ianya mempunyai rangka yang rata di sisinya serta rekaan modul kamera yang menyamai iPhone 12.

Berdasarkan sumber, nova 8 SE ini mempunyai ketebalan 7.46mm sahaja serta berat serendah 178g. Ukuran ini adalah sangat menarik kerana peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.53 inci jenis OLED.

Peranti ini dijangka akan dijual dengan dua jenis cipset yang berbeza iaitu Dimensity 720 dan 800U. Ia juga akan dilengkapi dengan kamera utama 64MP serta kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Adakah anda menyukai reka bentuk seakan-akan iPhone 12 ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version