Site icon TechNave BM

Reka bentuk kamera iPhone 13 mini muncul dalam talian, dua lensa dengan kedudukan pepenjuru

Apple dijangkakan akan perkenalkan generasi baru telefon pintarnya, siri iPhone 13 pada bulan September ini. Siri iPhone 13 dikhabarkan akan terdiri dari 4 model iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Terbaru, lukisan CAD untuk iPhone 13 mini telah muncul dalam talian dengan reka bentuk kamera yang baru.

Jika dilihat pada lukisan CAD tersebut, iPhone 13 mini hadir dengan reka bentuk telefon yang hampir sama dengan seperti iPhone 12 mini. Namun, modul kameranya kini berbeza sedikit dengan dua lensa yang berkedudukan pepenjuru (diagonal).

Lukisan CAD iPhone 13 mini

iPhone 13 mini bakal dilengkapi skrin 5.4 inci dan ianya masih mengekalkan dimensi yang sama seperti iPhone 12 mini. Ia dikhabarkan akan menggunakan teknologi baru yang dapat memanjangkan jangka hayat baterinya. Ini ada hal yang penting bagi model ini setelah ramai pengguna kurang berpuas hati akan prestasi bateri iPhone 12 mini.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version