Site icon TechNave BM

Reka bentuk kamera Samsung Galaxy Z Fold 4 mungkin kekal seperti Z Fold 3

Pelancaran Samsung Galaxy Z Fold4 dikhabarkan hanya tinggal sebulan lagi iaitu sekitar bulan Ogos hadapan. Sebelum ini, terdapat laporan meramalkan bahawa persediaan kamera peranti boleh lipat yang akan datang akan menampilkan reka bentuk yang serupa seperti Samsung Galaxy S22 Ultra. Namun, laporan baharu ini mengatakan ia mungkin tidak akan berlaku.

Mr_TechTalkTV mendakwa bahawa Galaxy Z Fold4 akan mengekalkan reka bentuk kamera pendahulunya di mana tiga sensor yang disusun secara menegak pada dataran kamera yang menonjol. Jika ia mengikuti reka bentuk seperti khabar angin sebelum ini, ia masih mempunyai tiga sensor yang disusun secara menegak, tetapi setiap satu daripadanya menonjol keluar pada panel belakang tanpa bonggolan dataran kamera.

Sumber maklumat baharu ini pernah membuat dakwaan yang tepat pada masa lalu. Oleh itu, mungkin benar bahawa Galaxy Z Fold4 tidak membawa ubah suai kamera baharu. Selain daripada itu, persediaan kamera turut dikatakan akan menampilkan sensor 50MP untuk kamera utama yang ada pada Galaxy S22 dan Galaxy S22+.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version