Imej janaan rasmi bagi produk Samsung yang bakal dilancarkan iaitu Galaxy Z Flip 3 telah tertiris melalui satu kicauan yang dibuat oleh Evan Blass di dalam akaun Twitter-nya. Blass menunjukkan rekabentuk, warna dan paparan latar belakang yang bakal dilancarkan. Warna yang ditunjukkan ialah hitam, kuning Ivory, ungu Lavender dan hijau.
Gambaran tersebut juga menunjukkan pembaharuan terhadap gabungan warna dan tekstur antara engsel dan bahagian kamera belakang. Bahagian engsel juga direka semula dan diperbaiki untuk memberi ketahanan yang lebih baik. Ini menguatkan lagi khabar tentang rating tahan air dan debu IP67 bakal dibawakan untuk model Galaxy Z Flip 3.
Selain daripada perlindungan peringkat IP67, imej janaan tersebut juga menunjukkan Galaxy Z Flip 3 ini hadir dengan tiga kamera.
Samsung dijangka melancarkan Galaxy Z Flip 3 model 4G dan 5G dalam pada 11 Ogos nanti dengan empat pilihan warna. Harga yang ditawarkan juga mungkin lebih rendah berbanding generasi sebelumnya iaitu bermula pada tanda harga $500 (~RM2112.65) sehingga $1100 (~RM4647.83).
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Android Headlines

