Site icon TechNave BM

Reka bentuk Nothing Phone (2a) didedahkan, lampu “glyph’ di bahagian kamera

Nothing Phone (2a) dijadualkan untuk pelancaran pada 5 Mac 2024 dan terdapat beberapa kebocoran mengenai reka bentuknya. Nothing telah mengeluarkan imej serupa GIF menunjukkan reka bentuknya secara menyeluruh.

Pada siaran Twitter X Nothing, terdapat empat imej GIF yang mengandungi bahagian Nothing Phone (2a) yang bergerak-gerak. Untuk melihat dengan baik, kita perlu menjeda fail GIF untuk meletakkannya dalam keadaan yang tepat.

Melihat kepada reka bentuk baharu, lampu LED glyph baharu boleh dilihat di sekeliling dwi kamera belakang. Terdapat juga lampu flash LED di bahagian atas sebelah kanan di atas kamera. Berdasarkan rupa Nothing Phone (2a) ini, ia mungkin tidak mempunyai sebarang sokongan pengecasan wayarles seperti Phone (2).

Daripada segi spesifikasi teknologi, syarikat itu yang mengesahkan bahawa Phone (2a) akan mempunyai cipset MediaTek Dimensity 7200 Pro bersama RAM 12GB dan RAM tambahan 8GB. Di bahagian kameranya, ia boleh menggunakan kamera utama 50MP dan lensa sudut ultra lebar 50MP.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version