Site icon TechNave BM

Reka bentuk OnePlus Ace 2 didedah, akan dilancar pada 7 Februari ini

OnePlus Ace 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Februari ini menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Ia akan dilancarkan pada hari yang sama dengan OnePlus 11R di India.

Menurut pendedahan sebelum ini, OnePlus Ace 2 akan dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.7 inci 1.5K 120Hz bersama lubang tebuk, RAM 8GB / 12GB / 16GB dan storan 128GB / 256GB, kamera swafoto 16MP, tri-kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 100W.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2023/01/RPReplay_Final1675056392-2-1.mov

Ia mempunyai gelangsar amaran (alert slider) dan butang kuasa di sisi kanan manakala butang audio terletak di sebelah kiri. Perisian yang digunakan adalah ColorOS 13 UI berdasarkan Android 13. Jika dilihat pada poster di atas, model ini akan membawa warna hitam dan hijau.

Nantikan lebih banyak maklumat mengenai peranti ini atau peranti akan datang di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version