Site icon TechNave BM

Reka bentuk OnePlus Nord CE 2 5G ditunjukkan secara rasmi, mirip OPPO Find

Telefon kelas pertengahan OnePlus Nord CE 2 5G bakal dilancarkan pada 17 Februari 2022 dan beberapa spesifikasinya sudah pun disahkan oleh OnePlus, seperti cipset MediaTek Dimensity 900 dan pengecasan pantas 65W SuperVOOC.

Kini, OnePlus mengongsikan rekaan belakan telefon tersebut yang mempunyai warna biru Bahama Blue. Selain itu, ia turut menunjukkan bonggol kamera pada telefon tersebut yang mempunyai tiga lensa dan satu lampu kilat.

Sekilas pandang rekaan ini mempunyai bonggol kamera mirip OPPO Find X3 namun dengan susunan lensa yang berbeza. OnePlus tidak memberi maklumat spesifik tentang kamera, namun ia dijangka mempunyai modul kamera yang serupa dengan Nord CE sebelum ini iaitu 64MP+8MP+2MP.

Selain itu, OnePlus turut berkongsi beberapa gambar yang mengesahkan bahawa telefon ini akan dilengkapi bicu audio 3.5mm dan tambahan memori melalui kad microSD.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version