Site icon TechNave BM

Reka bentuk OnePlus Nord tertiris, dijangka hadir dengan cipset Snapdragon 765G

OnePlus Nord akan dilancarkan tidak lama lagi dan ianya dijangka akan dijual dengan tanda harga yang berpatutan. Baru-baru ini, gambar OnePlus Nord tertiris oleh Amazon India menunjukkan OnePlus Nord dikeluarkan oleh poket seorang model. Gambar tersebut dilihat agak kabur kerana ia diambil dari sebuah video.

Logo OnePlus dilihat terletak di bahagian tengah panel belakang telefon tersebut dengan kamera yang berbentuk panjang kebawah pada bahagian kiri atas. OnePlus juga telah memuat naik video pada laman media sosial Instagram rasminya yang menunjukkan teaser telefon pintar tersebut.

OnePlus Nord dijangka akan hadir dengan cipset Snapdragon 765G yang menyokong 5G, skrin 6.4 inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz serta dua kamera swafoto, 32MP dan 8MP. Ia juga dijangka akan hadir dengan kamera belakang 48MP, bateri bersaiz 4,000mAh serta pengecasan pantas Warp Charge 30W.

Bagaimana dengan reka bentuk OnePlus Nord ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version