Site icon TechNave BM

Reka bentuk OnePlus V Fold didedah, mungkin dilancar pada Ogos 2023

Berita mengenai telefon lipat OnePlus pertama kali muncul pada bulan Mac. Dan sejak itu, ia telah dicadangkan untuk menjadi peranti utama yang akan dilancarkan pada Ogos 2023.

Sebelum ini, beberapa khabar angin mendakwa OnePlus V Fold akan menjadi OPPO Find N2 Flip yang dijenamakan semula. Tetapi menurut Smartprix, OnePlus V Fold akan menjadi saiz yang lebih besar seperti Samsung Galaxy Z Fold4 dan vivo X Fold2.

Daripada segi reka bentuk, ia akan membawa rekaan kulit kerang bersama OnePlus Alert Slider dan cincin bulat besar untuk kamera belakang. Bagi spesifikasi teknologi pula, OnePlus V Fold mungkin menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 2 untuk prestasi terbaik.

Kami juga menjangkakan ia akan dilengkapi dengan paparan dengan resolusi 2K dan kadar penyegaran semula 120Hz, kamera utama 50MP , kamera swafoto 32MP dan bateri 4,800mAh. Untuk kelihatan lebih hebat, ia sepatutnya disertakan dengan pengecasan pantas 100W.

Sekiranya ia dilancarkan di Malaysia, adakah anda berminat untuk mendapatkannya? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: smartprix

Exit mobile version