Site icon TechNave BM

Reka bentuk realme 9 5G didedah, mungkin miliki cipset Dimensity 810, kamera 48MP dan bateri 5,000mAh

realme telah melancarkan realme 9i 5G, realme 9 Pro 5G dan realme 9 Pro+ 5G di India dan pasaran lain. Kini, terdapat maklumat baru mengenai realme 9 5G. yang dikongsi oleh Mukul Sharma. Ia mendedahkan reka bentuk realme 9 5G diperbaharui.

realme 9 5G dikesan dalam pangkalan data pensijilan FCC yang menunjukkan bahawa peranti kelihatan sama seperti realme 8 5G keluaran tahun lepas. Edisi gradient putih realme 9 5G  dilihat menggunakan modul kamera berbentuk segi empat tepat hadir dengan tri-kamera 48MP dan flash LED. Butang kuasa di sisi kanan peranti nampaknya turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari manakala di bahagian sisi kiri telefon mempunyai butang kelantangan naik dan turun.

Sumber tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai spesifikasi realme 9 5G tetapi terdapat dakwaan bahawa telefon pintar tersebut mungkin dilancarkan di India pada bulan ini.

Terdapat juga laporan mengatakan realme 9 5G akan membawa semua spesifikasi realme 8 5G. Namun, ia mungkin menampilkan cipset Dimensity 810 dan bukannya cip Dimensity 700. Ia dijangka hadir dengan spesifikasi lain seperti paparan IPS LCD FHD+ 90Hz 6.5 inci, kamera hadapan 16MP, tri-kamera 48MP + 2MP + 2MP dan bateri 5,000mAh.

realme 9 5G mungkin berharga sekitar Rs 15,000 (~RM829) hadir dalam varian RAM 4GB + storan 64GB dan RAM 6GB + storan 128GB. Ia dijangka hadir dalam warna Stargaze White, Supersonic Blue, Supersonic Black dan Meteor Black.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version