Site icon TechNave BM

Reka bentuk realme Q5 Pro didedah, dilancarkan pada 20 April ini

realme akan melancarkan telefon pintar siri realme Q5 di pasaran China pada 20 April. Terdapat tiga varian iaitu realme Q5, realme Q5i dan realme Q5 Pro.

Beberapa hari sebelum pelancaran, realme telah berkongsi poster mendedahkan reka bentuk telefon pintar realme Q5 Pro dan duta realme Q5 iaitu Yang Mi. Poster promosi yang dikongsi memaparkan panel belakang telefon pintar yang berwarna kuning dan mempunyai corak papan dam. 

Mereka turut menjelaskan bahawa untuk mencapai warna ini, zarah pendarfluor skala nano telah dioptimumkan lebih daripada pusingan proses laminasi. realme Q5 Pro akan menampilkan paparan OLED Full HD+ 6.62 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan mempunyai pengimbas cap jari di bawah paparan.

Ia akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 870 dan memuatkan RAM 12GB dan storan 256GB. Tri-kamera belakang terdiri daripada sensor kamera utama 50MP, lensa ultra lebar 8MP dan lensa makro 2MP manakala kamera hadapan 16MP.

Telefon pintar itu dijangka menjalankan sistem pengendalian Android 12 dengan realme UI. Ia akan dikuasakan oleh bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version