Site icon TechNave BM

Reka bentuk Samsung Galaxy A32 5G bocor, dilengkapi tiga kamera dengan pengesan cap jari sisi

Sebelum ini, Samsung Galaxy A42 5G adalah telefon 5G yang termurah dari Samsung dan ianya telah pun memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Kini, adik kepada Samsung Galaxy A42 5G iaitu Galaxy A32 5G pula akan menggalas takhta sebagai telefon 5G termurah dari Samsung dan terbaru, reka bentuknya telah tertiris.

Sumber menunjukkan reka bentuk Samsung Galaxy A32 5G ini dan ianya dilihat menggunakan skrin Infinity-U yang hadir dengan takuk titisan air. Terdapat juga pengesan cap jari yang terletak pada bahagian sisi kanan telefon ini bersama butang kawalan volume.

Pada bahagian belakang pula, Galaxy A32 5G ini dilengkapi dengan tiga kamera dan dijangka akan menggunakan kamera utama 48MP serta kamera ultra lebar dan sensor kedalaman 2MP.

Bahagian bawah telefon ini pula menunjukkan bicu audio 3.5mm yang masih kekal pada peranti ini, port USB-C, pembesar suara serta mikrofon. Galaxy A32 5G ini dikhabarkan akan menggunakan panel belakang plastik sama seperti Galaxy A42 5G.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version