Site icon TechNave BM

Reka bentuk Samsung Galaxy Z Flip4 didedah, bawa reka bentuk sisi sama seperti Z Flip3

Samsung Galaxy Z Flip4 dijangka dilancarkan tidak lama lagi kerana peranti itu baru sahaja diperakui dengan FCC (The Federal Communications Commission) dan NTBC (National Broadcasting and Telecommunication). Spesifkasi peranti hanya sekadar jangkaan tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada Samsung. 

Kini, 91Mobiles telah mendedahkan imej bahagian kanan Z Flip4 dengan reka bentuk dan susun atur yang sama dengan Galaxy Z Flip3. Paparan ini menunjukkan bahagian sisi yang lebih rata di sekeliling perimeter dan kesan kilauan menunjukkan bahawa Samsung mungkin menggunakan sedikit kemasan anod pada bingkainya.

Selain itu, butang kuasa dengan pengimbas cap jari dan butang audio juga berada di tempat yang sama seperti Z Flip3. Z Flip4 juga akan mendapat edisi Bespoke di mana pelanggan boleh menyesuaikan warna setiap panel pada telefon dan bingkai. Syarikat itu mungkin akan mengeluarkan lebih pilihan warna berbanding Z Flip3 Bespoke Edition.

Kami mengharapakan beberapa peningkatan pada Z Flip4 seperti hayat bateri yang tahan lama, pengecasan yang lebih pantas dan prestasi pengimejan yang lebih baik. Peranti boleh lipat generasi akan datang ini mungkin juga dilancarkan Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Buds2 Pro baharu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version