Site icon TechNave BM

Reka bentuk siri HUAWEI Mate 50 didedah bakal dilancar pada bulan September

Pada Oktober 2021, HUAWEI telah melancarkan siri HUAWEI Mate 40 yang terdiri daripada Mate 40, Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro Plus. Berdasarkan laporan baharu, siri Mate 40 mungkin akan digantikan tidak lama lagi.

Menurut @厂长是关同学, siri HUAWEI Mate 50 akan dilancarkan pada bulan September 2022. Beliau turut menambah bahawa siri ini akan membawa tiga varian iaitu Mate 50Mate 50 Pro dan Mate 50 RS. Peranti itu mungkin akan dikuasakan oleh cipset Kirin 9000S yang mungkin merupakan versi cip Kirin 9000 yang dipertingkat dan akan hadir dengan sambungan 4G sahaja.

Selain itu, Stesen Sembang Digital telah berkongsi imej panel belakang Mate 50 dan Mate 50 Pro yang akan hadir dengan panel belakang melengkung dan tepi melengkung. Modul kamera bulat kelihatan menempatkan tiga kamera dan dua flashLED bersama sensor.

Di bahagian hadapan peranti, imej mendedahakn perlindungan kaca skrin siri Mate 50 untuk varian standard mempunyai potongan lubang tebuk (punch-hole) di tengah. Mate 50 Pro dan mungkin Mate 50 RS juga akan hadir dengan reka bentuk seperti iPhone dan ciri pengimbas muka.

Peranti-peranti ini akan dilancarkan pada bulan September di China dan mungkin juga secara global. Namun, kami masih tidak pasti bahawa varian global akan menggunakan cipset Kirin 9000 SoC atau Snapdragon 888 4G.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version