Site icon TechNave BM

Reka bentuk Siri Samsung Galaxy S22 didedah, miliki skrin 6.81”

Kini, terdapat pendedahan gambar baharu menunjukkan pelindung skrin rasmi untuk tiga telefon pintar siri Samsung Galaxy S22 yang memberikan kami mengenai idea reka bentuk hadapan dan saiznya.

Samsung Galaxy S22 Ultra merupakan yang terbesar berbanding barisan yang lain dan lebih mirip dengan Galaxy Note dengan sudut segi empat sama. Terdapat maklumat turut mengatakan bahawa S22 Ultra mungkin akan membawa nama Note pada kali ini.

Galaxy S22 standard mungkin dilengkapi dengan skrin 6.06 inci, Galaxy S22 Plus dengan skrin 6.55 inci dan Galaxy S22 Ultra dengan skrin 6.81 inci. Pelindung skrin ini juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga model akan hadir dengan kamera swafoto lubang tebuk (punch-hole) di hadapan. 

Berdasarkan pendedahan sebelum ini, kamera hadapan di bawah paparan telefon mungkin hadir pada Galaxy S23 atau generasi selepasnya. Siri Samsung Galaxy S22 turut dijangka dilancarkan dalam bulan Februari 2022.

Kami masih menunggu pendedahan spesifikasi seterusnya dan akan kongsikan kepada anda. Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version