Site icon TechNave BM

Reka bentuk siri Xiaomi 13 didedahkan, mungkin tampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2

Untuk meneruskan bulan November, pendedahan mengenai beberapa telefon pintar pasti tidak dapat dielakkan. Kali ini, telefon andalan Xiaomi yang akan datang telah muncul mendedahkan reka bentuk siri Xiaomi 13.

Daripada OnLeaks dan CompareDial, siri Xiaomi 13 kelihatan sedikit berbeza daripada model sebelumnya. Seperti yang anda pada imej di bawah, bingkai sisi rata dan tri-kamera belakang dalam bonjolan berbentuk segi empat sama. Nampaknya, siri Xiaomi 13 mengambil beberapa petunjuk reka bentuk daripada siri iPhone 14.

Reka bentuknya agak serupa dengan Xiaomi 12 Lite kecuali reka bentuk kamera belakang. Kami menjangkakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang akan diumumkan pada acara Qualcomm Summit 2022 dari 15-17 November 2022 akan muncul pada siri Xiaomi 13 juga.

Mengikut tradisi, Xiaomi dijangka akan mengumumkan peranti andalan terbaharu pada penghujung November atau awal Disember. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version