Site icon TechNave BM

Reka bentuk telefon lipat HUAWEI bakal menyerupai Galaxy Z Fold2

Berdasarkan paten yang ditunjukkan oleh LetsGoDigital, telefon lipat baru HUAWEI bakal mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan telefon lipat Samsung yang baru sahaja dilancarkan iaitu Galaxy Z Fold2.

Paten tersebut menunjukkan bahawa peranti lipat HUAWEI ini bakal mempunyai reka bentuk lipat ke dalam, berbeza dengan HUAWEI Mate XS yang mempunyai reka bentuk lipat ke luar.

Bukan itu sahaja yang menyerupai Galaxy Z Fold2, malah reka bentuk skrin utama, skrin kedua serta reka bentuk kamera utama yang berbentuk petak juga dilihat hampir sama dengan peranti Samsung itu. Tambahan lagi, ia juga menggunakan sensor cap jari pada bahagian sisi yang terletak di atas butang kuasa.

Perbezaan yang ketara hanyalah dapat dilihat pada reka bentuk kamera swafotonya yang berbentuk bujur serta 5 kamera pada bahagian belakang, berbeza dengan 3 kamera sahaja yang ada pada Z Fold2.

Peranti premium ini mungkin akan dijual pada tanda harga yang lebih mahal dari HUAWEI Mate XS yang berharga RM11,111 di pasaran Malaysia.

Adakah anda teruja dengan peranti baru HUAWEI ini? Komen pendapat anda tentang reka bentuk peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Android Authority

Exit mobile version