vivo telah mengesahkan bahawa telefon andalan terbarunya iaitu vivo X200 Ultra akan dilancarkan di pasaran China pada 21 April 2025. Sebelum pelancaran, imej rasmi dan video menunjukkan reka bentuknya dengan pilihan warna peranti ini buat pertama kali.
Ia menampilkan skrin OLED micro-quad-curved, sisi yang rata dan butang baru yang dinamakan “Action Button” di sebelah kanan. Di bahagian belakang, modul kamera bulat besar dengan penjenamaan Zeiss menempatkan tiga sensor kamera bersama flash LED berkembar berbentuk pil. Terdapat dua pilihan warna iaitu putih dengan tekstur beralun untuk genggaman lebih baik dan merah dengan kemasan matte yang tampak elegan.
Daripada segi spesifikasi, vivo X200 Ultra hadir dengan skrin BOE OLED bersaiz 6.82 inci beresolusi 2K+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dilengkapi kamera swafoto 50MP di hadapan, serta tiga kamera belakang termasuk kamera utama Sony LYT-818 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar Sony LYT-818 50MP dan kamera periskop telefoto Samsung HP9 200MP. Untuk pengalaman fotografi yang lebih hebat, ia menggunakan cip pemprosesan S1 dan V3+ dari vivo.
Telefon ini dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite, bateri besar 6,000mAh sambil menyokong pengecasan berwayar 90W dan wayarles 50W. Bukan itu sahaja, ia mempunyai rangka logam dan penarafan IP68/69 untuk ketahanan terhadap habuk dan air.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

