Site icon TechNave BM

Reka bentuk Xiaomi Mi 11 Pro tertiris dengan modul kamera yang berbeza

Pada hujung bulan lalu, Xiaomi telah melancarkan secara rasmi telefon andalannya, Mi 11 dan telefon tersebut dilihat mendapat bilangan jualan yang sangat memberansangkan.

Terbaru, sumber dari Weibo menyatakan bahawa sebuah lagi varian Xiaomi Mi 11 iaitu Mi 11 Pro bakal memasuki pasaran tidak lama lagi. Ini tidak mengejutkan kerana pada tahun lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi 10 dan Mi 10 Pro dalam jurang masa yang dekat.

Berdasarkan gambar ini, modul kamera Mi 11 Pro dilihat berbeza dengan modul kamera Mi 11. Mi 11 Pro dijangka akan hadir dengan 4 kamera termasuklah lensa periskop dengan kebolehan zum sehingga 120x.

Untuk spesifikasi lain pula, ia dikhabarkan akan menggunakan spesifikasi yang hampir sama seperti Mi 11 iaitu skrin AMOLED 120Hz bersama touch sampling rate 480Hz, kecerahan sehingga 1500 nits serta cipset andalan Snapdragon 888.

Adakah anda menantikan peranti ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version