Site icon TechNave BM

Rekaan belakang Xiaomi 12 Pro didedah: Miliki 4 warna dan kemasan “matte”

Seperti yang anda ketahui, siri Xiaomi 12 akan dilancarkan pada hari esok sebagai siri andalan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1. Kini, terdapat pendedahan terbaru mengenai Xiaomi 12 Pro kecuali harganya.

Laman Weibo mendedahkan bahawa Xiaomi 12 Pro akan tersedia dalam warna hitam, biru, hijau dan ungu. Ia juga mendakwa bahawa telefon itu akan mempunyai bateri 4,600mAh, pengecasan pantas 120W serta cip Surge P1 untuk pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles terbalik 10W. Selain itu, telefon ini dijangka mempunyai ruang wap sejuk cecair, sambungan WiFi 6 dan empat pembesar suara Harman Kardon.

Ia menampilkan paparan Samsung E5 AMOLED LTPO 6.73, membawa sokongan resolusi 2K 1440 x 3200 piksel dan kadar penyegaran semula 120Hz. Punch-hole yang terdapat pada skrin menempatkan kamera swafoto 32MP. Telefon ini mempunyai tri-kamera 50MP yang membawa Sony IMX707 1/1.28 inci dengan apertur f/1.9 (utama), sensor Samsung S5KJN1 50MP (telefoto) dan lensa Samsung S5KJN1 50MP (ultralebar) dengan medan penglihatan 115 darjah.

Cipset disertakan dengan versi LPPDR5 RAM dan storan UFS 3.1 yang menggunakan Android 12 OS berasaskan MIUI 13. Peranti sudahpun tersedia di kedai-kedai di China kerana gambar sebenar telah mula dipaparkan dalam talian. Berdasarkan imej di ITHome, Xiaomi 12 Pro mempunyai modul kamera yang lebih lebar sedikit manakala varian hijau dan varian biru mempunyai kemasan matte di bahagian belakang.

Kami masih menunggu maklumat mengenai kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version