Site icon TechNave BM

Rekaan dan paten telefon lipat pertama vivo didedahkan, hadir dengan stilus pen

Telefon lipat bukanlah perkara baharu dalam industri telefon pintar, tetapi keluaran telefon pintar boleh lipat dengan mengadaptasi teknologi terkini adalah perkara yang boleh dikagumi. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan paten telefon boleh lipat pertama dari vivo dan ianya dilihat hadir bersama stilus pen.

Menurut sumber, vivo telah mempatenkan telefon lipatnya yang pertama kepada World Intellectual Property Office (WIPO) pada Februari yang lalu. Jika melihat pada gambar, telefon ini juga mampu dibuka seperti tablet. Terdapat ruang penyimpanan stilus pen di tengah skrin.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat spesifikasi dan ciri teknologinya. Terdahulu, vivo telah mengumumkan kolaborasi rasmi dengan ZEISS untuk teknologi pengimejan. Siri vivo X60 dilapor akan menjadi peranti pertama dengan kamera ZEISS.

Apakah pendapat anda mengenai usaha vivo untuk menceburi industri telefon pintar boleh lipat? Kongsikan pendapat anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LetsGoDigital

Exit mobile version