Site icon TechNave BM

Rekaan HUAWEI nova 9 didedah, bakal dilancar pada 23 September

HUAWEI kini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon kelas pertengahan HUAWEI nova 9 pada 23 September di China. Selain itu, mereka juga telah berkongsi poster yang menunjukkan rupa telefon pintar tersebut.

Berdasarkan poster itu, nova 9 bakal dilengkapi empat kamera di belakang. Bonggol kameranya akan mempunyai bulatan berwarna perak seperti yang terdapat pada HUAWEI P50.

Sebelum ini, ia telah pun mendapat pengiktirafan TENAA iaitu pihak berkuasa China yang bertanggungjawab menyelia penjualan telefon pintar dan gajet elektronik. nova 9 telah didaftarkan dengan nombor model RTL-AL00.

Spesifikasinya masih belum diketahui, namun ia dikhabarkan akan dilengkapi bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 66W, sokongan 5G dan sistem operasi HarmonyOS. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI nova 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version