Site icon TechNave BM

Rekaan HUAWEI P50 sudah muktamad, mungkin akan dilancar pada hujung Mac

Siri telefon pintar andalan (flagship) seterusnya oleh HUAWEI iaitu HUAWEI P50 dilapor telah pun mempunyai rekaan yang dimuktamadkan dan akan bermula dikilangkan secara besar-besaran dalam masa terdekat. Menurut sumber di Twitter @RODENT950 yang terkenal dengan maklumat HUAWEI, siri P50 akan dilancar di antara 26-28 Mac.

HUAWEI P50 mungkin akan terdiri daripada tiga varian iaitu HUAWEI P50, HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 Pro+. Varian P50 standard akan dilengkapi cipset Kirin 9000E manakala Pro dan Pro+ pula akan dilengkapi cipset andalan Kirin 9000.

Untuk siri HUAWEI P50, fungsi utamanya yang akan diiklankan adalah kualiti skrin yang lebih cantik, sistem kamera yang baru serta fungsi khas untuk gaming.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI P50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version