Site icon TechNave BM

Rekaan Nothing Ear (2) tertiris, tidak banyak beza dengan Ear (1)

Pada tahun lalu, Nothing telah melancarkan fon telinga wayarles Nothing Ear (1) sebagai produknya yang pertama dan kini syarikat teknologi itu dilihat mungkin akan melancarkan model baharu kepada fon telinga itu dalam masa terdekat.

Beberapa gambar yang menunjukkan reka bentuk sepasang Nothing Ear (2) telah pun tertiris dalam internet. Ia mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti Ear (1) seperti rangka lutsinar dan warna hitam putih, namun satu perbezaan ketara adalah teks “Ear (2)” pada batangnya.

Selain daripada rekaan, tiada maklumat yang diketahui mengenai Ear (2). Sebelum ini, Ear (1) mempunyai teknologi pembatalan hingar aktif (active noise cancellation), pemacu 11.6mm dan audio yang ditala oleh Teenage Engineering.

Perlu diingati bahawa Nothing bakal melancarkan fon telinga wayarles Nothing Ear (stick) pada 26 Oktober 2022 yang mengetengahkan rekaan kecil dan ringan. Oleh yang demikian, Ear (2) mungkin akan dilancarkan beberapa bulan selepas Ear (stick).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version