Site icon TechNave BM

Rekaan OnePlus 11 dipertontonkan dalam sebuah video pendek

OnePlus dijangka bakal melancarkan telefon pintar andalan seterusnya, OnePlus 11, pada awal tahun 2023. Rekaan telefon itu telah pun tertiris sebelum ini, namun kini OnePlus telah berkongsi sebuah video ringkas yang menunjukkan rekaannya.

Dalam sebuah video pendek yang dimuat naik ke Weibo, OnePlus 11 akan mempunyai bonggol kamera yang agak besar berbentuk bulat dan mempunyai penjenamaan Hasselblad. OnePlus telah pun bekerjasama dengan syarikat fotografi tersebut sejak telefon OnePlus 9 lagi.

Video itu turut disertakan dengan kapsyen bahawa ia bakal mencabar telefon pintar lain dalam industri, serta akan dilancar tidak lama lagi. Sungguh pun begitu, OnePlus masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk OnePlus 11.

OnePlus 11 dijangka bakal dilengkapi spesifikasi tercanggih seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan pantas 100W. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version