Site icon TechNave BM

Rekaan OPPO Reno14 Pro tertiris, mungkin dilengkapi kamera telefoto periskop 3.5x

Selepas siri OPPO Reno13 dilancar untuk pasaran Malaysia pada awal bulan Januari lalu, kini OPPO dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon seterusnya dalam siri Reno iaitu OPPO Reno14 Pro.

Menurut laporan media, gambar rekaan Reno14 Pro telah tertiris dan ia mempunyai rekaan bonggol kamera yang jauh berlainan daripada Reno13 Pro. Telefon ini dikhabarkan akan mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 3.5x.

Dua lensanya kini digabungkan ke dalam sebuah ruang berwarna hitam, berbeza dengan Reno13 Pro yang menempatkan setiap lensa dalam bonggol berasingan.

Rekaan OPPO Reno14 Pro yang tertiris
OPPO Reno13 Pro untuk perbandingan

Satu lagi ciri menarik adalah butang “Magic Cube” yang berada di bahagian kiri telefon. Ini serupa seperti butang Quick Button yang terdapat pada siri telefon flagship OPPO Find X8 dan ia mungkin membenarkan akses pantas kepada fungsi-fungsi kamera.

Selain itu, telefon ini dikhabarkan akan mempunyai skrin OLED dengan kadar segar semula 120Hz, sesuatu yang sudah pun dilengkapkan dalam siri Reno sebelum ini. Ia juga akan dilengkapi rating kalis air IP68/IP69.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Smartprix

Exit mobile version