Site icon TechNave BM

Rekaan penuh OnePlus Pad tertiris, mempunyai bonggol kamera unik

OnePlus bakal melancarkan tabletnya yang pertama, OnePlus Pad, pada 7 Februari dan sebelum ini, beberapa gambar acahan awal yang menunjukkan rekaannya secara ringkas telah dikongsi oleh OnePlus.

Kini pengkhabar berita teknologi Evan Blass telah berkongsi reka bentuk penuh untuk tablet tersebut. Tablet itu bakal mempunyai bonggol kamera yang sangat unik berbanding tablet lain, di mana ia berbentuk bulat yang agak besar dan mempunyai sinaran cahaya di sekelilingnya.

Di hadapan, ia mempunyai skrin dengan sempadan bezel yang agak nipis dan tidak banyak berbeza dengan tablet lain. Keseluruhan tablet ini mempunyai warna hijau.

Setakat ini tiada spesifikasi yang telah tertiris untuk OnePlus Pad. Ia bakal dilancar pada 7 Februari di samping OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2. Kongsi pendapat anda tentang tablet ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version