vivo telah mendedahkan rekaan siri telefon pintar andalan (flagship) seterusnya, vivo X300 dan vivo X300 Pro, dalam platform media sosial Weibo. Rekaannya didedahkan dalam beberapa gambar yang turut menunjukkan pilihan warnanya.
Secara kasar, ia mempunyai rekaan yang sama seperti siri vivo X200, dengan bentuk bonggol kamera bulat di belakang. Lampu denyar LED pula telah dipindahkan kepada bahagian kiri, berbeza dengan bahagian kanan pada siri X200.
Bahagian sisi pula nampak rata, dengan bucu yang melengkung. Untuk pilihan warna, vivo X300 ditawarkan dalam warna biru dan merah jambu manakala vivo X300 Pro ditawarkan dalam warna hitam dan beige.
Susunan kamera juga berbeza, di mana X300 Pro mempunyai bonggol kamera yang lebih tebal berbanding X300.
Siri vivo X300 dijangka akan diperkenalkan buat kali pertama pada bulan Oktober ini di China. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo vivo

