Site icon TechNave BM

Rekaan realme 10 Pro+ tertiris sebelum pelancaran pada 17 November 2022

realme bakal melancarkan telefon pintar seterusnya dalam siri realme Number Series iaitu realme 10 Pro 5G dan realme 10 Pro+ 5G pada hari Khamis, 17 November 2022. Sungguh pun demikian, reka bentuk telefon itu kini sudah tertiris melalui beberapa gambar.

Menurut pengkhabar berita teknologi Raman Singh, beliau telah memuat naik beberapa gambar realme 10 Pro+ 5G yang mempunyai rekaan belakang berkilauan. Warnanya nampak seperti perak dan permukaan berkilauan itu mungkin akan meninggalkan kesan cap jari dengan mudah.

Ia mempunyai dua bonggol kamera, di mana salah satu daripadanya dijangka akan menempatkan kamera utama 108MP manakala bonggol kedua akan menempatkan dua lensa.

realme 10 Pro+ dikhabarkan bakal dilengkapi skrin OLED Full HD+ 120Hz berukuran 6.7 inci dengan sisi melengkung, cipset MediaTek Dimensity 1080 dan pengecasan pantas 67W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version