realme Malaysia hari ini mendedahkan rekaan dua peranti terbaru dalam siri realme Number Series iaitu realme 14 Pro 5G dan realme 14 5G. Kedua-dua telefon ini menawarkan prestasi gaming yang tinggi untuk telefon kelas pertengahan dan rekaan berinspirasikan unsur Mecha.
realme 14 5G mempunyai rekaan futuristik dengan garisan-garisan geometrik yang dibuat dengan teknologi lithografi dalam skala nano. Ia turut mempunyai Flaming Orange Power Engine dengan kontras tinggi dan mirip teras tenaga yang menjana kuasa untuk robot Mecha.
Selain itu, lampu Victory Halo di belakang akan menyala jika pengguna sedang bermain game, mengecas telefon, menerima notifikasi atau penggera diaktifkan. Ia mempunyai tiga pilihan warna iaitu perak Mecha Silver, hitam Storm Titanium dan merah jambu Warrior Pink. realme mengatakan ini adalah telefon gaming pertama yang ditawarkan dalam warna merah jambu.
Sempena pengumuman realme 14 Series 5G, realme Malaysia melantik gamer tempatan ternama Fariz “Soloz” Zakaria dan pasukan e-sukan Team Vamos sebagai “Chief Gaming Officers.” Ketiga-tiga pihak akan saling bekerjasama bagi menyediakan inovasi dan pengalaman gaming yang baharu.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 14 Series 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

