Site icon TechNave BM

Rekaan realme GT Neo didedahkan! Berinspirasikan Cyberpunk, tetapan 3 kamera 64MP

Terkini, rekaan salah sebuah peranti andalan dari realme, realme GT Neo sudah didedahkan di Internet. Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja rekaannya yang didedahkan, tetapi anda juga boleh melihat beberapa spesifikasi penting.

Salah satu pilihan warna realme GT Neo telah dipaparkan oleh realme China di laman Weibo. Pilihan warna Final Fantasy ini mengetahkan kobinasi warna berinspirasikan Cyberpunk. Menurut realme, rekaan panel belakangnya menggunakan proses tahap mikron untuk mendapatkan tekstur pusam. Terdapat juga garisan berkilau pada panel belakang dengan logo realme Dare To Leap.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2021/03/realme-GT-Neo-Final-Fantasy-Color.mp4

Dedahan rekaan ini turut memperlihatkan spesifikasi seperti sokongan bicu audio 3.5mm, port USB-C dan tetapan tiga kamera utama 64MP. Terdahulu, peranti ini disahkan bakal hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 1200, skrin AMOLED 120Hz dan Android 11.

Peranti ini juga dijangka dijual pada tanda harga 2000 Yuan (~RM1,267). Apa pun, kita perlu menunggu berita rasmi melalui hari pelancarannya di China pada 31 Mac 2021.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version