Site icon TechNave BM

Rekaan Samsung Galaxy Note20 Ultra didedahkan dalam sebuah video pendek

Sehari selepas Samsung mengumumkan tarikh acara Galaxy Unpacked yang akan dianjurkan pada 5 Ogos, kini terdapat sebuah video di YouTube yang memaparkan butiran telefon pintar Samsung Galaxy Note20 Ultra yang dijangkakan akan dilancar dalam acara tersebut.

Sebuah video 4K oleh YouTuber bernama Jimmy Is Promo yang berdurasi 1 minit 23 saat itu menunjukkan skrin dan rekaan luaran Galaxy Note20 Ultra. Antara perubahan yang boleh dilihat berbanding model Note sebelum ini adalah kedudukan S Pen dan pembesar suara yang telah dialih ke sebelah kiri.

Walau bagaimanapun, nampaknya S Pen daripada Galaxy Note10 masih boleh dimasukkan ke dalam slot Note20 Ultra, jadi mungkin dua-dua peranti tersebut menggunakan S Pen yang sama. Selain itu, Note20 Ultra juga boleh membaca gerak geri S Pen agar ia boleh dijadikan sebagai pointer.

Daripada segi kamera pula, nampaknya kamera Note20 Ultra bakal mempunyai bonggol kamera yang lebih tebal serta saiz kanta yang lebih besar. Ini mungkin menunjukkan bahawa Note20 Ultra mungkin akan mempunyai sensor kamera yang lebih besar.

Apakah pendapat anda tentang video ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Jimmy Is Promo YouTube

Exit mobile version