Site icon TechNave BM

Rekaan Samsung Galaxy SmartTag 2 tertiris, mungkin berharga ~RM400

Pada Januari 2021, Samsung melancarkan tag penjejak barang Samsung Galaxy SmartTag yang berfungsi untuk membantu anda memastikan barang-barang peribadi anda mudah dicari. Ia serupa seperti Apple AirTag yang dilancar pada April 2021, dan kini Samsung dikhabarkan bakal melancarkan sekuel seterusnya kepada produk tersebut iaitu Samsung Galaxy SmartTag 2.

Beberapa gambar untuk Galaxy SmartTag 2 telah tertiris dalam laman web e-dagang MobileFun yang berpengkalan di United Kingdom. Menurut laman tersebut, SmartTag 2 bakal dijual dalam masa dua bulan lagi, jadi Samsung mungkin akan melancarkannya pada bulan Oktober.

Ia mempunyai dua pilihan warna iaitu putih dan hitam, serta mempunyai gelung khas untuk dipautkan pada barang-barang anda. Terdapat juga varian untuk versi Bluetooth atau ultra-wideband (UWB), jadi ini mungkin lebih murah daripada SmartTag pertama yang hanya mempunyai varian UWB.

Laman web itu turut menyenaraikan harganya, iaitu GBP69.99 (~RM410) untuk sebuah pakej yang mengandungi dua tag. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi mengenainya daripada Samsung.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version