Sony telah melancarkan telefon kelas pertengahan Sony Xperia 10 IV di Malaysia pada bulan Julai 2022 dan kini kita boleh menjangkakan Sony Xperia 10 V pula untuk menggantikannya pada tahun ini. Kini beberapa gambar awal menunjukkan rekaan telefon itu yang telah tertiris dan ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan rekaan tahun lalu.
Xperia 10 V mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan Xperia 10 IV, termasuklah kedudukan butang, bonggol kamera, rekaan sisi dan kedudukan lampu kilat LED. Skrinnya masih mempunyai sempadan bezel nipis kecuali pada bahagian atas dan bawah, manakala kamera swafoto pula ditempatkan pada bezel atas.
Ukurannya juga tidak banyak beza dengan Xperia 10 IV. Xperia 10 V mempunyai ukuran 153.3×68.4×8.5mm, manakala Xperia 10 IV mempunyai ukuran 153x67x8.3mm.
Antara perkara baru yang dikhabarkan dalam telefon ini ialah ia bakal menjadi Xperia 10 pertama yang dilengkapi pembesar suara stereo. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Tech Outlook

