Site icon TechNave BM

Rekaan telefon lipat HONOR Magic V ditunjukkan dalam sebuah video pendek

Sebelum ini, HONOR telah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon lipat HONOR Magic V pada awal tahun 2022. Kini mereka telah berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan rekaan luaran telefon lipat tersebut.

Ia mempunyai gaya lipatan mendatar seperti Samsung Galaxy Z Flip atau Motorola Razr. HONOR Magic V bakal mempunyai skrin luaran yang agak besar, manakala skrin utama pula akan mempunyai sisi yang melengkung (curved) serta kamera swafoto punch hole yang berada di bahagian atas tengah.

Skrin telefon itu juga boleh dilipat dengan rapat di engselnya, tanpa meninggalkan ruang kosong. Bonggol kamera pula boleh dilihat dengan nipis di bahagian belakang, namun susunan lensanya tidak ditunjukkan.

HONOR Magic V dikhabarkan akan dilengkapi skrin utama 8 inci manakala skrin luaran pula adalah 6.5 inci, jadi ini membuatkannya hampir seperti tablet panjang apabila skrin utama dibuka. Selain itu, ia juga dijangka bakal menjadi telefon lipat pertama yang dilengkapi cipset andalan Snapdragon 8 Gen 1.

Kongsi pendapat anda tentang telefon lipat ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version