Site icon TechNave BM

Rekod bilangan pengguna Android bertukar kepada Apple meningkat pada 2022

Tiada apa-apa yang berjalan lancar untuk Android kerana semakin ramai pengguna meninggalkan sistem pengendaliannya untuk beralih kepada iOS. Pada persidangan pendapatan suku ketiga 2022 menyaksikan Apple mencatatkan rekod untung bersih sebanyak $83.0 bilion pada suku Jun iaitu meningkat 2% daripada suku terdahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook mendakwa bahawa iPhone mengalu-alukan sejumlah besar pengguna Android dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Tim Cook mengesahkan data laporan oleh StockApp pada awal tahun yang melihatkan bahawa Android semakin kehilangan pengguna.

Untuk pengetahuan, populariti sistem pengendalian Google telah menjunam dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia hanya meningkat daripada 77.32% bahagian pasaran kepada 69.74% dalam masa 4 tahun sahaja. Walaupun jualan telefon pintar telah jatuh dengan ketara tahun ini, Samsung dan Apple masih mendominasi podium.

Apple menikmati pertumbuhan bagus sebanyak 3% pada suku pertama tahun ini yang merupakan peingkatan bahagian pasaran daripada 15% kepada 18%. Oleh itu, pengguna Android nampaknya meninggalkan sistem pengendalian Google dalam jumlah besar-besaran untuk beralih kepada Apple.

Pengguna iPhone lebih setia daripada pengguna Android dan tidak mahu menukar telefon pintar. Malah, tinjauan terbaru pengguna AS yang dijalankan oleh 451 Research menunjukkan bahawa kepuasan pelanggan iPhone adalah 98%. Apple juga merekod bilangan penukar bagi suku Jun dengan pertumbuhan dua angka tahun ke tahun yang kukuh.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version