Site icon TechNave BM

Relaks, GTA 5 cuma permulaan! Epic Games ada tiga lagi ‘game triple-A’ percuma untuk diberi

Lebih kurang jam 11 malam semalam, Epic Games Store membuka peluang game percuma GTA 5 yang terhad untuk dimuat turun selama 7 hari sahaja sehingga 21 Mei. Namun, setelah dimuat turun anda boleh menyimpannya selama-lamanya.

Setelah bermulanya peluang game percuma, pelayan Epic Games Store lumpuh seketika sehinggakan beberapa pemain Fortnite tidak boleh meneruskan permainan. Kelihatannya peminat benar-benar memuat turun secara panik!

Melihat kepada pratonton daripada Epic Games, game percuma pada minggu hadapan mungkin akan mencetuskan muat turun panik daripada peminat sekali lagi. Senarai game percuma telah didedahkan oleh sumber.

Selepas GTA 5 percuma pada 21 Mei, Civilization 6 akan menyusul pada 21 Mei dan kemudiannya diikuti oleh Borderlands The Handsome Collection yang boleh dimuat turun percuma pada 28 Mei dan Ark Survival Evolved pada 4 Jun. Game yang dinyatakan merupakan game FPS dan pertandingan survival berskala besar.

Borderlands the Handsome Collection mengandungi Borderlands 2, Borderlands: The Pre-Sequel dan pek DLC. Sebagai tambahan, terdapat berita yang menyatakan bahawa The Witcher 3:Wild Hunt juga mungkin akan memasuki gelanggang game percuma, tetapi masih tidak diketahui tarikh rasminya. Apa pun, berita rasmi haruslah ditunggu daripada pihak rasmi untuk mengesahkan berita ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave中文版

Exit mobile version