Site icon TechNave BM

Remaja 13 tahun bazirkan duit ibu sebanyak ~RM290,000 dalam permainan video

Seorang remaja berumur 13 tahun di Henan, China telah mencuri kad debit milik ibunya dan membelanjakan sebanyak CNY449,500 (~RM290,000) dalam aplikasi game selama empat bulan.

Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Wang menyedari perkara tersebut selepas beliau menerima panggilan daripada cikgu anaknya yang risau kerana anaknya meluangkan terlalu banyak masa dengan telefon pintar.

Kemudian, Wang menyemak baki akaun banknya dan terkejut apabila hanya tinggal CNY0.5 sahaja. Dalam sebuah video yang tular, beliau menzahirkan kehampaan dengan anaknya yang sanggup menghabiskan duitnya untuk membuat pembelian dalam game.

Kanak-kanak tersebut mengaku telah berbelanja sebanyak CNY120,000 untuk membeli game, CNY210,000 untuk membeli barang dalam game dan CNY100,000 untuk membeli game buat 10 rakan sekelas. Beliau tidak sedar bahawa duit yang dibelanja itu datang daripada simpanan ibunya yang telah bekerja keras selama ini.

Untuk mengelakkan daripada diketahui oleh ibunya, beliau memadamkan semua rekod transaksi dalam telefon ibunya.

Beliau juga mengetahui kata laluan untuk kad debit ibunya, kerana sebelum ini ibunya telah berkongsi kata laluan agar beliau tidak mempunyai masalah wang jika ibunya tidak berada di rumah.

Kami berharap para ibu bapa akan mendidik anak-anak tentang kepentingan dalam berjimat-cermat serta tidak menyalah gunakan kemudahan yang diberi kepada mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version