Site icon TechNave BM

Remaja meninggal dunia disambar petir semasa dengar lagu di telefon pintar

Baru-baru ini, tular di internet bahawa seorang remaja telah meninggal dunia akibat disambar petir semasa sedang mendengar lagu melalui telefon pintarnya. Kejadian ini telah berlaku di kawasan Kabupaten Purbalingga, Indonesia.

Menurut sumber, mangsa berada di dalam bilik bersama rakannya dengan cuaca hujan lebat di luar. Untuk menghilangkan kebosanan, mangsa telah membuka lagu melalui telefon pintarnya. Semasa lagu sedang dimainkan, petir telah menyambar dan membuatkan mangsa bersama rakannya terpelanting. Mangsa sempat menangis dan meminta tolong sebelum ibu bapanya kemudian membawa mangsa ke hospital.

Ketika sampai di pusat kesihatan, keadaanya sudah kritikal. Namun, mangsa telah dirujuk ke hospital. Mangsa sudah meninggal dunia ketika di periksa di hospital. Dengan ini, pihak berkuasa di Indonesia menasihati agar pengguna berhati-hati menggunakan barang-barang elektronik walaupun berada di dalam rumah ketika hujan petir.

Rakan mangsa yang disoal siasat oleh pihak berkuasa

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Liputan 6

Exit mobile version