Site icon TechNave BM

Restoran, gerai makan, kedai runcit, stesen minyak beroperasi jam 8 pagi hingga 8 malam bermula 1 April

Terkini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Fasa Kedua yang melibatkan peningkatan sekatan dan premis perniagaan.

Fasa Kedua ini bermula pada 1 April sehingga 14 April. Untuk itu, bermula 1 April ini, waktu operasi premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian adalah dari 8 pagi hingga 8 malam. Ini termasuklah restoran dan gerai makan (secara bungkusan). Bukan itu sahaja, stesen minyak turut dihadkan seperti yang dinyatakan di atas.

Sebagai tambahan, perkhidmatan teksi atau e-hailing masih beroperasi daripada jam 6 pagi hingga 10 malam. Beliau turut menasihatkan, orang ramai digalakkan mengguna perkhidmatan penghantaran dalam talian. Harga siling bagi penutup mulut dan hidung ditetapkan pada harga RM1.50, berbeza 50 sen dari harga awal yang ditetapkan berikutan harganya berasaskan perkembangan semasa harga import.

Beliau menambah bahawa sasaran kerajaan semakin hari semakin kurang tangkapan adalah untuk menunjukkan bahawa pematuhan rakyat semakin dapat dicapai secara keseluruhannya. Kami juga berharap agar netizen sentiasa patuh dengan arahan PKP bergantung kepada kawasan masing-masing. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version