Site icon TechNave BM

RHB melancarkan Apple Pay untuk pengguna Malaysia

Apple Pay merupakan cara yang mudah, selamat serta peribadi untuk membayar sama ada di kedai fizikal, dalam talian dan juga dalam aplikasi anda. Menariknya kali ini, Apple Pay kini tersedia dengan Kad Debit dan Kredit/-i RHB.

Untuk meraikan pelancaran perkhidmatan pembayaran baharu ini, RHB Bank melancarkan promosi pulangan tunai masa terhad. Pelanggan boleh menerima rebat tunai sehingga RM30 apabila menggunakan Apple Pay untuk tiga transaksi pertama dengan perbelanjaan minimum RM50 setiap satu. Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Julai 2024.

Apple Pay menggunakan ciri keselamatan yang terbina dalam peranti Apple untuk membantu memastikan butiran pengguna adalah peribadi dan selamat. Semua transaksi memerlukan Face ID, Touch ID atau kod laluan pada iPhone, iPad atau Mac anda dan klik dua kali pada Apple Watch.

Ciri ini direka bentuk supaya pemilik peranti sahaja yang layak membuat pembelian dengan Apple Pay. Nombor kad debit atau kredit sebenar anda tidak pernah disimpan pada peranti atau pelayan (server) Apple. Tambahan, apabila anda membayar, nombor kad anda tidak pernah dikongsi oleh Apple dengan penjual.

Ini dapat menawarkan tahap perlindungan tambahan terhadap penipuan. Kepada pemiliki Kad Debit dan Kredit/-i RHB, anda boleh aktifkan pembayaran melalui Apple Pay. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version