Site icon TechNave BM

‘Rider’ foodpanda Malaysia bakal dapat menikmati SOCSO

Terkini, sumber melaporkan bahawa syarikat penghantaran makanan foodpanda akan membekalkan perlindungan sekuriti sosial untuk penghantar makanan mereka. Perlindungan ini akan disumbangkan dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (PERKESO) melalui Social Security Organisation (SOCSO) untuk penghantar makanan foodpanda di seluruh negara.

Untuk pengetahuan anda, Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das menyatakan bahawa sumbangan berjumlah RM199,958.40 telah diberi kepada SOCSO untuk dicarumkan ke dalam akaun penghantar makanan foodpanda.

Langkah ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan perlindungan keselamatan sosial rakan penghantar makanan mereka terjaga. Seperti yang kita sudah sedia maklum, rakan penghantar makanan mungkin boleh terlibat dengan kemalangan semasa bekerja. Oleh itu, langkah ini penting untuk melindungi rakan penghantar makanan.

Kami berharap agar langkah sebegini menjadi pendorong untuk majikan lain agar sentiasa memberi inisiatif perlindungan kepada pekerja tidak kira dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau tidak. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version