Site icon TechNave BM

Ringgit Malaysia ‘terbang’ ke paras tertinggi dalam tempoh 6 tahun kerana gelombang AI

Ringgit Malaysia mengukuh kepada paras tertinggi sejak 2018 apabila ia meningkat sehingga kira‑kira RM3.97 berbanding dolar AS pada 26 Januari yang menunjukkan keyakinan pasaran terhadap peranan Malaysia dalam rantaian bekalan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Mata wang tempatan naik sekitar 0.8 peratus kepada 3.97 per dolar AS iaitu tahap tertinggi sejak Jun 2018. Kenaikan ini berlaku selari dengan pasaran yang melihat pertumbuhan teknologi termasuk AI serta perkembangan sektor pusat data yang pesat sebagai faktor menarik minat pelabur untuk membeli aset tempatan.

Selain itu, faktor seperti permintaan domestik yang kukuh dan kemungkinan ketibaan pelancong yang tinggi turut membantu memacu keyakinan terhadap aset Malaysia termasuk ringgit dan pasaran saham tempatan. Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI juga mencatatkan paras tertinggi sejak 2018 dalam sesi dagangan sama.

Penganalisis pasaran berkata pelabur asing semakin meningkatkan pembelian saham di Malaysia berbanding negara Asia lain yang secara tidak langsung menyokong permintaan terhadap ringgit. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version