Site icon TechNave BM

Riot Games umumkan VALORANT, game FPS mirip Team Fortress dan Overwatch

Riot Games yang terkenal dengan game dalam talian popular League of Legends, hari ini mengumumkan game terbaru daripada mereka, VALORANT. Game tembak-menembak first person (FPS) yang boleh dimainkan secara percuma itu menandingkan dua pasukan yang masing-masing mempunyai lima ahli dalam pertarungan berasaskan 24 pusingan (rounds).

Pemain boleh memilih antara pelbagai karakter yang masing-masing mempunyai kebolehannya tersendiri (unique abilities) di samping corak permainan (gameplay) tembak-menembak yang biasa dilakukan. Kebolehan tersebut akan memberi kelebihan taktikal yang menarik kepada pemain untuk mencapai objektif permainan.

Daripada segi luaran, seni game yang bewarna-warni serta rekaan karakter mirip kartun dengan kebolehan masing-masing membuatkan game ini mirip Team Fortress 2, Overwatch dan Paladins. Anda boleh tonton video di bawah untuk nilaikan perbezaan VALORANT dengan game-game tersebut.

VALORANT akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Untuk maklumat lanjut tentang game ini, anda boleh layari laman web rasmi VALORANT. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencuba game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version